Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Rabu, 28 Disember 2011

Moga Allah permudahkan urusan disini...!


Masuk sekolah lewat?????
Hari ini nak buat pengumam tentang syabab nak masuk lewat 2@3 ke sekolah…
Ayah nak hantar pergi belajar kitab dan bahasa arab…
Semoga permergian ini bermanafat untuk diri sendiri,masyarakat,dan agama..
Mohon doakan sahabat2 sekalian…
Aminkan doa ini agar hidup kita mulia & bahagia di dunia & akhirat "Ya Allah, jadikanlah setiap tarikan napas kami adalah kecintaan kepadaMu, jadikanlah motivasi kami dalam hidup ini memberi manfaat sebanyak mungkin bagi keluarga & umat serta jadikanlah tujuan hidup kami untuk memperbaiki diri kami, keluarga kami & umat menuju ridhaMu hingga akhir hayat kami dengan khusnul khotimah dalam pelukan Kasih SayangMu."

Khamis, 17 November 2011

Iman sumber kekuatan

Apabila adanya beriman pada Allah s.w.t maka tiada  kekuatan lain yang dapat menggugat kekuatan beriman kepada Allah s.w.t.Ingatlah apabila kita menjadikan Allah sebagai matlamat yang utama maka satu kekuatan yang luar biasa akan lahir di dalam sanubari seorang insan yang bertawakkal.begitu juga dengan ketenangan yang hakiki.Ramai manusia yang berkehendak kepada ketenangan yang sangat indah ini.Tetapi ingatlah ketenangan yang hakiki hanya datang daripada Allah.Pada konsep yang sama jugalah kita ingin gunakan dalam mencari kekuatan yang tidak ada tolak-tandingnya.


Kekuatan terbahagi kepada tiga
  1. Roh
  2. Akal
  3. Jasmani                                
Kekuatan Roh

Kekuatan rohani adalah paling penting dalam
kehidupan sebagai manusia bertaqwa
 Kekuatan yang saya ingin ketengahkan adalah kekuatan ROH kerana  ketua kepada semua kekuatan ini adalah kekuatan roh.Antara faktor kekuatan roh adalah dengan merasakan bahawa;
  1. Allah melihat apa yang ada dalam hati kita
  2. Allah melihat apa amalan kita
  3. Allah melihat kedua-duanya sekali
Kekuatan Akal
kekuatan akal pula dipengaruhi oleh dua perkara yang kita kena lipat gandakan usaha untuk mencapainya;
  1. Ilmu yang zahir(ilmu yang ada hubungan dengan Allah)
  2. Ilmu batil(taqwa)
Kekuatan Jasmani/Fizikal

 Bukan hanya terletak pada banyaknya
bersukan
 kekuatan fizikal bukan boleh diperolehi daripada bersukan semata-mata.kekuatan fizikal juga boleh diperolehi daripada beribadah.kebanyakan pemuda pada akhir zaman ini hanya mengambil perspektif kekuatan fizikal terletak pada banyaknya bersukan semata-mata.kita sebagai seorang syabab/pemuda tidak boleh mengambil pegangan begini.para saintis barat telah membuat kajian dan menyatakan bahawa apabila umat islam solat mereka mengerakkan seluruh anggota badan.perspektif yang perlu kita gunakan adalah perbanyakkan beribadah dengan ikhlas dan kemudian bersukan dalam membina kekuatan fizikal.kita juga hendaklah senantiasa mendapatkan pandandan doktor tentang kesihatan kita,imam hassan al banna pernah berkata pada ahli ikwanul Muslimin "hendaklah kamu periksa tahap kesihatan kamu".sumber kekuatan fizikal ialah;
  1. Ibadah 
  2. Bersukan
Satu amalan yang merangkumi ketiga-tiga aspek kekuatan ialah Qiaimulail kerana kekuatan roh akan bertambah apabila kita bertemu dengan Allah.kekuatan akal kita bertambah apabila kita membaca surah hafalan kita.kekuatan fizikal akan bertambah apabila kita berdiri lama dalam solat.
Sabda Rasulullah:"Allah lebih cintakan hambanya yang kuat(roh,akal,jasmani) daripada hambanya yang lemah"
  • Ijtima'am
  • Jumaat,19/8/11
  • Minggu ke-3 ramadan 1432
  • Ucapan penutup Sheikh Najib Al-Barakat,Syria

Jumaat, 4 November 2011

Pembuka bicara

Tepat hari sabtu bertarikh 5 november 2011 bersamaan 9 zulhijjah 1432..
satu blog yang telah di'create" di dalam teknologi serba canggih ini..
semoga blog ini muncul bersama dengan berkat-Nya..
dengan segala kekurangan ilmu yang masih ditimba..
segala pertolongan,perlingandan keredaan Allah..
bersama insan yang lemah..

YaAllah,kau berikan kekuatan hambaMu ini,
yang berusasaha menolong agamaMu,
dengan segala kekurangan ada,
Kau lengkapkan lah,
dengan segala ketidakkesempurnaan,
Kau sempurnakan lah..

Amen Ya rabbi 'alameem....

Semoga segala usaha yang sedikit dipandang oleh-Nya..