Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Khamis, 22 November 2012

Cemerlang Akademik dan Sahsiah Terpuji


Manusia diciptakan mengikut pelbagai tahap,kemampuan,kebolehan,keistimewaan.Apa yang dimaksudkan dengan manusia yang cemerlang akademik dan mempunyai sahsiah yang terpuji?.
Cemerlang dan terpuji disisi Allah adalah hanya satu kebenaran hakiki apabila mendapat pengiktirafan daripada Allah s.w.t.

Manusia mempunyai 4 Golongan:-
  1. Cemerlang Akademik,Sahsiah Terpuji
  2. Tidak Cemerlang Akademik,Sahsiah Terpuji
  3. Cemerlang Akademik,Sahsiah Tidak Terpuji
  4. Tidak Cemerlang Akademik,Sahsiah Tidak Terpuji

Bagaimana hendak mencapai cemerlang dan terpuji disisi ALLAH..?
  • Mentaati ALLAH dan RASULULLAH
Allah s.w.t berfirman dalam Al-Quran:'Tidak kami jadikan manusia dan jin semata-mata untuk mengabdikan diri pada ALLAH'.Allah telah menjelaskan pada diri kita bahawa kita diciptakan hanya untuk menyerahkan segenap kehidupan kita hanya pada Allah.

Allah juga berfirman dalam surah Al-Ahzab,21.'Sungguh,telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah'.Rasulullah adalah role model kapada kita umat islam.Segala kesempurnaan sifat,keperibadian yang baik dan segala kebaikkan itu ada diri Rasulullah s.a.w.
  • Mentaati IBUBAPA
Rasulullah s.a.w bersabda:'Tidak ada pemberian yang paling berharga seorang ayah kepada seorang anaknya kecuali budi pekerti yang luhur.'Kisah seoarang ulama yang berpesan kepada anaknya 'Aku lebih suka kamu menpelajari satu bab adab sopan daripada tujuh puluh bab yang lain'.Doa ibubapa juaga adalah doa yang terbaik selepas doa Baginda Rasulullah s.a.w.Jangan kita melepaskan peluang untuk berbuat baik kepada ibubapa dan meminta keredhaan mereka.Sungguh Radha Allah itu terletak pada Redha Ibubapa.
  • Mentaati GURU
Guru merupakan seorang yang banyak memainkan peranan dalam membentuk kecemerlangan akademik dan sahsiah yang terpuji.Mencurah segala ilmu didada,mengorban masa umur hidup mereka semata untuk melihat anak didiknya berjaya dunia dan akhirat.


Persoalan yang perlu kita soal setiap masa kehidupan kita:-
  • Mengapa perlu menunggu saat untuk mencapai kecemerlangan baru merasai ada wujudnya ALLAH dan RASULULLAH/IBUBAPA/GURU........?
  • Mengapa hidup sehari-hari yang dilalui tidak mempamerkan hidup ini,'perlu ada ALLAH dan RASULULLAH/IBUBAPA/GURU.........?
  • Mengapa perlu membohongi diri bahawa ALLAH/IBUBAPA/GURU sebagai sumber kekuatan......?


Pesanan:
  • Kecemerlangan itu adalah anugerah Allah dan Allah berhak mengambilnya semula pada bila-bila masa.
  • Kejarlah cinta-Nya kerana Dialah pemilik segala cinta.
  • Berbuat baiklah pada ibubapa selagi mereka masih hidup.




                                                                                                                                   (ProCAST Utara)